Sunday, March 2, 2014

Ekonomi Pakistan Meningkat Secara Mendadak




KARACHI - Pakistan mencatatkan kenaikan hampir 5% sejak sesi tahun pertama. Menurut Bank Pusat, peratus tersebut meningkat hampir dua kali ganda angka bagi tempoh yang sama semenjak tahun lepas.

Bank Pusat Pakistan telah mengumpul data kewangan bagi awal tahun baru bermula bulan Julai 2013 tahun lepas. Sementara itu juga, KDNK telah meningkat sebanyak 5.0peratus berbanding  dengan hanya 2.9 peratus sejak suku pertama tahun lepas. Pakistan merupakan antara negara yang berusaha untuk meningkatkan ekonomi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pakar ekonomi negara tersebut menyatakan bahawa peningkatan yang berlaku menunjukkan petanda yang baik dan diperlukan sebagai usaha untuk menjana tenaga kerja.

"Sejak makroekonomi menunjukkan prestasi yang menggalakkan pada permulaan tahun ini, peningkatan daripada sudut KDNK pada tahun fiskal 2014 semakin jelas," kata bank itu.

Ahli ekonomi Pakistan bertanggungjawab dalam menetapkan sasaran pertumbuhan bagi tahun kewangan semasa sebanyak 4.4 peratus. Manakala laporan awal daripada bank pusat telah menunjukkan peningkatan sebanyak 4 % .

Prestasi peringkat pertama menunjukkan tanda yang positif dari sudut sektor perindustrian dan juga perkhidmatan, demikian mengikut laporan tersebut.

Walaubagaimanapun Bank Pusat juga turut memberi amaran mengenai kadar inflasi yang melonjak naik sehingga 8.1 % pada suku pertama berbanding 5.6 % pada tempoh yang sama tahun lepas.

Pada masa yang sama, IMF telah meluluskan sebuah pakej pinjaman bernilai 6.7 Bilion untuk negara Pakistan pada September tahun lepas bagi membantu negara tersebut mencapai pembaharuan ekonomi , terutamanya dalam sektor tenaga yang bermasalah.

Sumber :  Arab News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook