Saturday, January 4, 2014

Bahrain Mendakwa Iran Terlibat Dalam Komplot Pemberontak

Bahrain telah mendakwa Pengawal Revolusi Iran menjadi dalang dalam mengkader pemberontak bagi menyerang kerajaan tersebut dari segi bentuk latihan dan senjata untuk melancarkan serangan dalam kerajaan Teluk, sehingga kini kerajaan turut mengumumkan pihak berkuasa Bahrain telah menahan lima suspek.

Ketua pendakwa raya; Osama al- Oufi menyatakan sumber daripada pusat perisikan bulan lalu telah melaporkan bahawa Ahmed Mahfuz Moussawi, yang kini tinggal di Iran disyaki terlibat dalam merancang operasi pengeboman pengganas yang mensasarkan institusi dan kawasan pentadbiran dan keselamatan negara itu.

"Dia juga dituduh menjejaskan keselamatan kerajaan, terlibat dalam keganasan terhadap rakyat awam, menganggu ketenteraman awam, menyebarkan huru-hara, dan mengggugat institusi kerajaan dalam melaksanakan urusan pentadbiran."

Dalam kenyataan yang dipetik oleh agensi berita negeri BNA , beliau melaporkan setakat ini lima orang telah ditangkap dan mengakui terlibat dalam kumpulan yang merancang untuk melancarkan serangan pengganas. Mereka turut terlibat dengan latihan yang berpusat di Iran bertempat di kem-kem Pengawal Revolusi dan telah dibekalkan dengan sejumlah wang yang lumayan. "

Waran tangkap telah dikeluarkan untuk Moussawi dan sekumpulan mereka yang disyaki turut terlibat sama dalam latihan pemberontakan tersebut.  Ketua pendakwa melaporkan bahawa dua orang lelaki telah ditangkap ketika mereka berada di atas bot yang dipercayai digunakan untuk mengangkut senjata, peluru dan bahan letupan. Manakal tiga yang lain turut berjaya ditangkap.

Pada hari Isnin yang lalu, pihak berkuasa Bahrain berkata mereka telah merampas sebuah bot penyeludupan yang membawa bahan letupan dipercayai daripada Iran dan Syria diangkut ke negara ini.

Bahrain merupakan satu negara yang diperintah oleh pimpinan Islam Sunni tetapi mempunyai rakyat yang majoriti menganut aliran Syiah . Sebelum ini, kerajaan telahpun mengambil tindakan ke atas pemberontakan yang didalangi penganut Syiah yang berlaku pada tahun 2011

Serangan Bom

Semenjak revolusi yang digelar sebagai reformasi demokratik pada  2011, demonstrasi kerap diadakan di kampung-kampung yang dihuni penganut Syiah di sekitar ibu negara. Mereka dipercayai sering mencetuskan pertempuran dengan pasukan keselamatan. Menurut Persekutuan Antarabangsa untuk Hak Asasi Manusia, sekurang-kurangnya 89 orang terbunuh di Bahrain sejak protes bermula. Manakala serangan bom acapkali berlaku dalam beberapa bulan kebelakangan ini, termasuk satu kes yang mana melibatkan sasaran bom ke masjid ke istana raja pada Julai tetapi tiada kecederaan dilaporkan berlaku.

Ketegangan semakin meningkat pada hujung minggu kerana pihak  berkuasa melancarkan siasatan ke atas pemimpin pembangkang atas antara pimpinan Syiah iaitu Ali Salman. Manakala Ketua utama Syiah blok Al- Wefaq telah dibebaskan setelah seharian, akan tetapi dikhuatiri akan berterusan menyebarkan agendanya menimbulkan kebencian antara penganut agama dan menyebarkan berita palsu yang akan membahayakan keselamatan negara.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook