Tuesday, December 24, 2013

Balai Polis Mesir Musnah akibat Letupan Besar

Satu letupan kuat telah menggegarkan ibu pejabat polis di bandar Mesir di Utara Kaherah dan mengakibatkan sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh manakala 150 orang lagi cedera parah.

Jurucakap kerajaan sementara telah menunding jari kepada Gerakan Ikhwanul Islam dengan tuduhan menjadi dalang kejadian tersebut dan sekaligus telah dilabel
sebagai "organisasi pengganas."

Pada masa yang sama, protes yang sedang berlaku pada tengahari tadi terhenti serta merta dengan kejadian pengeboman yang berlaku tanpa dijangka. Protes yang melibatkan ratusan penunjuk perasaan itu telah menyerang beberapa premis perniagaan dan lebih teruk lagi menyebabkan dua van dilaporkan dimiliki oleh Ikhwanul Muslimin, terbakar dan musnah sekelip mata, demikian lapor Mahmoud Sobky, wartawan Al-Jazeera yang melaporkan dari Mansoura.

Sejurus kemudian, pihak Ikhwanul Muslimin sendiri telah mengeluarkan kenyataan mengutuk letupan yang berlaku melalui e-mel. Letupan itu terlalu kuat sehingga telah menyebabkan bahagian pintu sekitar direktorat itu musnah. Dilaporkan pasukan penyelamat  bersegera bertindak mencari dan menarik mangsa yang masih tertimbus di bawah runtuhan.

"Ikhwanul Muslimin menganggap perbuatan ini sebagai serangan secara tidak langsung bertujuan memecahkan rakyat Mesir. Pihak gerakan tersebut mendesak pihak terbabit melaksanakan siasatan serta-merta agar mereka yang terlibat merancang dan melakukan jenayah dibawa ke muka pengadilan," kata kenyataan itu.

Sementara itu, Perdana Menteri Hazem el- Beblawi telah menyifatkan kejadian tersebut sebagai "Insiden yang dirancang pengganas". Beblawi berikrar dan berjanji akan memastikan pihak yang tidak bertanggungjawab itu terlepas daripada keadilan.

Agensi Berita Timur Tengah News Agency telah memetik kenyataan daripada Kabinet Sherif Shawki yang menuduh Ikhwanul Muslimin dengan tuduhan yang tidak berasas dan menyifatkan gerakan tersebut kini akhirnya menzahirkan "Wajah sebenar sebagai organisasi teroris yang terlibat dalam penumpahan darah dan kekalutan dalam  rakyat Mesir. "

Mohamed Ibrahim , Menteri Dalam Negeri Mesir, melaporkan bahawa empat orang telah ditangkap setelah mengakui penglibatan mereka dalam kejadian tersebut.  "Serangan tersebut dianggap sebagai satu percubaan untuk mewujudkan ketegangan dan menimbulkan ketakutan sesama rakyat. Akan tetapi, pihak kami memberi jaminan kepada penduduk agar tingkatkan pengawasan dan langkah berjaga-jaga serta berkerjasama dengan angkatan tentera bertujuan untuk melindungi pusat pilihan raya dengan kawalan yang sepatutnya."

Bangunan lima tingkat yang terletak di tengah bandar Delta Nil, Mansoura runtuh akibat letupan awal pada hari Selasa semalam dan polis bertindak mengawal bangunan sekitarnya. Pengeboman yang berlaku seminggu sebelum dijangka berlangsungnya penyerahan referendum Mesir membentuk perlembagaan baru, sebagai langkah pertama kerajaan tentera ke arah demokrasi sejak berlakunya penggulingan kuasa ke atas Presiden Mohamad Mursi pada bulan Julai lalu.

Peter Greste, wartawan Al-Jazeera melaporkan dari Kaherah, "Sehingga kini masih tidak berapa jelas samada pengebom berani mati tersebut berada di dalam Pejabat Polis Direktorat Keselamatan di ibu kota Daqahleya; ataupun ia menggunakan bom yang diletupkan melalui alat kawalan jauh."

"Sementara itu, pihak polis juga melaporkan kemungkinan bahawa terdapat peranti kedua."  Kementerian Dalam Negeri melaporkan bahawa sebuah van yang mempunyai 15 anggota polis berada bersebelahan bangunan turut musnah. Empat mayat dijumpai manakala pasukan penyelamat masih mencari mangsa lain yang dikhuatiri masih terperangkap.

Mohamad Fahmi, wakil Al-Jazeera melaporkan bahawa lima pegawai polis yang berpangkat tinggi merupakan antara yang terbunuh, manakala dua orang pegawai kanan lagi mengalami cedera parah.

Sehingga kini tiada pihak berwajib yang mengaku bertanggungjawab dalam melancarkan serangan tersebut,
tetapi Fahmi melaporkan bahawa antara maklumat awal menunjukkan bahawa penyerang kemungkinan mengintip keadaan dan telah mengumpul maklumat tertentu di dalam bangunan tersebut.

Omar al- Shawat, Gabenor wilayah Daqahleya, Mansoura telah mengeluarkan kenyataan memberitahu media kerajaan bahawa semua mangsa terlibat adalah terdiri daripada polis.

"Letupan itu berpunca daripada bom kereta," kata Shawatsi.

Kesan letupan turut dirasai sehingga kira-kira sejauh 20 kilometer dan telah memusnahkan tingkap bangunan berhampiran, kata sumber keselamatan. Ketua keselamatan Wilayah Daqahleya, Sami El- Mihi juga turut tercedera dalam letupan itu, manakala dua pembantunya turut terbunuh.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook