Wednesday, November 14, 2012

Syeikh Qardhawi Akan Memimpin Solat Jumaat di Al-Azhar Buat Kali Pertama




Ulama terkemuka Syeikh Yusuf Qardhawi dijadualkan akan memimpin solat Jumaat di universiti Al-Azhar Kaherah buat julung kalinya.

Menteri Wakaf, Talaat Afifi, bersama dengan pegawai Kementerian dan ulama Al-Azhar, akan menghadiri solat Jumaat itu, yang mana akan berlangsung minggu ini.

Syeikh Qardhawi, seorang ulama Islam Mesir yang terkenal di peringkat antarabangsa dan juga Presiden dari persatuan cendekiawan Muslim dunia. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang pemimpin spiritual gerakan Ikhwanul Muslimin Mesir.

Beliau kini tinggal di Qatar, setelah disingkirkan dan dipulaukan pada tahun 1960 oleh Presiden Gamal Abdel Nasser. Beliau kembali ke Mesir semasa Revolusi 25 Januari lalu untuk memberikan ucapan bersemangat di Dataran Tahrir.

Sumber : Ahram

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook