Monday, October 22, 2012

penunjuk perasaan Protes di Luar Bangunan Parlimen Libya


Penunjuk perasaan membuat aksi protes atas keganasan di barat laut negara itu di mana banyak mangsa terkorban dan puluhan yang lain mengalami kecederaan.

Pada hari Ahad (21/10), sekitar 500 orang menyerbu pejabat parlimen di Tripoli di mana mereka meminta pihak berkuasa untuk menamatkan keganasan di Bani Walid, kubu bekas presiden Muammar Gaddafi.

Menurut laporan, polis Libya ditempatkan di sekitar bangunan Parlimen di mana mereka menembak peluru di udara untuk membubarkan para penunjuk perasaan.

"Kami di sini untuk menuntut kerajaan mencari penyelesaian damai untuk perang kaum yang terjadi di Bani Walid," kata seorang penunjuk perasaan Nasser Ehdein.

Pada tarikh 20 Oktober lalu, berlaku pertempuran antara pasukan pro-kerajaan dan pejuang yang setia kepada bekas penguasa di kubu Gaddafi, di mana sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan lebih dari 200 yang lain cedera.

Pertempuran bermula apabila pasukan pro-kerajaan melibatkan Bani Walid untuk memaksa keluar penjahat dan loyalis bekas rejim yang bersembunyi di bandar, menurut Kolonel Ali al-Sheikhi, juru bicara ketua kakitangan tentera.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook