Sunday, October 7, 2012

Mahasiswa Yaman protes soal pendidikan dan politik



Sejumlah mahasiswa Yaman di Universiti Sana'a melakukan aksi protes pada hari Khamis (4/10/2012), meminta sebahagian pengajian diteruskan meskipun sebahagian guru mengadakan mogok yang membantut proses pembelajaran di negara tersebut.

Tenaga pengajar fakulti telah memutuskan untuk menundakan kelas mereka sebagai protes atas polisi yang dilaksanakan oleh rektor universiti tersebut.

Dr. Abdullah al-Azazi, Ketua Sindiket Pengajar Yaman di universiti itu, menyatakan pada harian Yaman Times bahawa sebuah pertemuan dengan presiden Abdrabuh Mansour Hadi  akan diadakan dengan segeara bagi menyelesaikan permasalahan tersebut.

Sementara itu, rektor universiti, Dr. Abdulhakeem al Sharjabi, menyatakan "perselisihan muncul antara kakitangan pengajar di Universiti Sana'a, dan ia harus diselesaikan dengan kebaikan semua pihak terutamanya penuntut di universiti tersebut."

Beliau menambah bahawa penting untuk meningkatkan tahap pendidikan Universiti Sana'a bagi menegakkan reputasinya sebagai institusi pendidikan yang terbesar dan tertua di negara ini.

Rektor yang baru sahaja dipecat, Dr. Ahmed Basarda, meminta kerajaan Yaman untuk menyelesaikan semua masalah yang berlaku di dalam universiti dan untuk menjamin keselamatan para pekerjanya.

Kebanyakn penuntut menyalahkan kemasukan tentera di universiti atas masalah yang berlaku, surat khabar Yaman melaporkan. Mereka mendakwa bahawa hubungan antara tentera dan mahasiswa telah berubah menjadi kekerasan, di mana tentera menyalahkan para pelajar yang melakukan aksi protes. Para mahasiswa terus menolak kehadiran anggota tentera di kampus universiti.

Askar pembahagian pertama perisai Yaman, tentera AOS mengambil alih kampus. Pelajar mendakwa bahawa hubungan antara tentera dan pelajar universiti telah bertukar menjadi ganas, dengan tentera yang menyalahgunakan pelajar membantah. Badan pelajar telah terus menolak kehadiran anggota tentera di kampus universiti.

Mahasiswa berharap agar dipisahkan pendidikan dan politik kerajaan agar mereka pmereka tidak terhalang. Hal ini berikutan mahasiswa sentiasa menjadi mangsa konflik politik di Sana, AOA Universiti, menurut laporan itu.


Sumber : Arrahmah, Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook