Sunday, August 26, 2012

Mesir Buka Semula Sempadan Rafah Dengan Gaza



Mesir membuka semula sempadan Rafah dengan Gaza pada hari Sabtu (25/8) setelah ia ditutup sejak serangan terhadap pengawal Mesir pada 5 Ogos lalu, sumber keselamatan Palestin dan Mesir mengatakan.

Langkah ini merupakan isyarat hubungan baik antara kerajaan baru Mesir pimpinan Presiden Muhammad Mursi dan penguasa Hamas di Gaza, yang tegang sejak serangan di mana pasukan bersenjata menewaskan 16 tentera Mesir di sempadan Israel.

"Pihak Mesir telah memberitahu kami bahawa sempadan Rafah akan dibuka setiap hari dalam seminggu, tanpa butiran lebih lanjut," kata Ehab Al-Ghsain, jurucakap kementerian dalam negeri di Gaza.

Pembukaan sempadan itu disahkan oleh sumber keamanan Mesir.

Sumber Reuters

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook