Sunday, July 29, 2012

Sukarelawan Bulan Sabit Merah Turki Sedia Bantu Muslim Rohingya



Sukarelawan Bulan Sabit Merah dari Turki bersedia menghulurkan bantuan ke warga Muslim Rohingya yang tinggal di kem-kem sekitar sempadan Bangladesh dan Myanmar. Mereka lari dari Arakan, Myanmar untuk menyelamatkan diri dari kekerasan.

Ketua Bulan Sabit Merah Turki Ahmet Lutfi Akar mendesak komuniti antarabangsa agar mengambil tindakan, menyelamatkan Muslim Rohingya. Akar juga sudah mengadakan hubungan dengan Kerajaan Myanmar untuk membantu warga minoriti itu.

"Kami ingin pergi ke Myanmar bagi membantu  warga Muslim yang hidup di sana. Kami sudah mengadakan hubungan dengan Kerajaan Myanmar dan Palang Merah Myanmar. Saat ini, kami masih menunggu respons daripada mereka," ujar Akar, seperti dikutip Anadolu, Sabtu (28/7 / 2012).

"Bila kami berjaya meyakinkan mereka, kami akan mengadakan operasi penyelamatan di sana. Kami juga berharap sanggup menarik atensi komuniti antarabangsa mengenai isu ini," tambahnya.

Ahmet Lutfi Akar dan ahli-ahli Bulan Sabit Merah lain berniat membina kem baru untuk warga Rohingya. Mereka  siap menyediakan dapur umum di Bangladesh, yang boleh dimanfaatkan untuk mencukupi keperluan makanan warga Muslim itu.

Selama ini, perhatian masyarakat antarabangsa terhadap isu Rohingya masih sangat minima. Namun Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) sudah menghantar surat-suratnya ke Myanmar dan juga ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) turut  mendesak pihak-pihak tersebut agar  menyelesaikan masalah itu.

Sumber : Eramuslim, TodaysZaman


1 comments:

fauzi amir gus said...

mereka saudara kita dalam Islam, kalau tidak kita siapa lagi yang akan menolong mereka. paling tidak angkatlah tangan bermohon doa kepada AlLah SWT, agar iman mereka seteguh Bilal.

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook