Sunday, July 22, 2012

Raja Arab Saudi Lancarkan Kempen Derma Bagi Syria


Kabinet Arab Saudi, yang dipengerusikan oleh Raja Abdullah, telah menyatakan beberapa kali mengenai kemarahannya atas keganasan rejim Syria yang telah ditunjukkan dalam serangan beberapa bandar-bandar dan kampung-kampung.


Raja Arab Saudi- Raja Abdullah bin Abdul Aziz al-Saud melancarkan kempen derma kebangsaan bagi Syria dan menyeru semua rakyat Saudi untuk mengambil bahagian dalam membantu rakyat Syria yang berada di tengah-tengah kebangkitan menentang rejim Presiden Bashar al-Assad.

Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengumumkan bahawa kempen dimulakan pada hari Isnin dan akan meliputi semua bahagian kerajaan supaya semua rakyat Arab Saudi akan mendapat peluang untuk menawarkan bantuan kepada rakyat Syria mengikut apa yang mereka boleh bantu dalam masa krisis ini, Agensi Berita Saudi melaporkan.

Kabinet Arab Saudi, yang dipengerusikan oleh Raja Abdullah, telah menyatakan lebih daripada sekali kemarahan atas keganasan rejim Syria yang telah ditunjukkan dalam serangan ke atas beberapa bandar-bandar dan kampung-kampung. Menurut kabinet Saudi, Rejim Syria melanggar semua komitmen Arab dan antarabangsa.

Kabinet Saudi juga mengutuk peristiwa terbaru pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di kampung yang dikuasai oleh penduduk berketurunan al-Tremsa Sunni di Hama.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengenai krisis Syria, kabinet Saudi mengatakan rejim Bashar al-Assad melakukan keganasan dan menyeru masyarakat antarabangsa untuk campur tangan bagi pihak rakyat Syria.

Sumber : Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook