Wednesday, June 20, 2012
Percanggahan Maklumat Mengenai Kematian Mubarak
Menurut Anggota Majlis Tertinggi Angkatan Tentera Mesir, Jeneral Mamduh Syahin kpd "CNN", berita kematian Mubarak adalah tidak benar.
Kata beliau "Dia tidak mati seperti yang dilaporkan, tetapi kesihatan beliau semakin merosot dan dia berada dalam keadaan kritikal."
Laporan ini bercanggah dengan Agensi Berita Timur Tengah yang mengatakan bahawa Husni Mubarak telah meninggal dunia selepas diserang strok dan dikejarkan ke hospital semalam (selasa).
Sumber : CNN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment