Thursday, May 10, 2012

Ledakan Bom di Damsyik Syria-40 Orang Tewas 170 Lain Cedera





40 orang terbunuh dan 170 yang lain cedera dalam 2 letupan kuat yang menggoncangkan ibukota Syria pagi Khamis (10/5), televisyen negara melaporkan, pemerintah dan pembangkang saling menyalahkan mengenai penyebab dari pengeboman.

Televisyen negara mengatakan kedua-dua "serangan pengganas" menewaskan puluhan dan mencederakan beratus-ratus orang, menambah bahawa letupan berlaku di jalan selatan Damsyik ketika orang sedang menuju untuk bekerja dan anak-anak ke sekolah.

Televisyen negara memperlihatkan gambar letupan dengan tubuh hancur tergeletak di jalan di tengah bangkai kenderaan yang juga hancur.

Haitham al-Maleh, dari Dewan pembangkang Nasional Syria, menuduh rejim Damsyik mendalangi pengeboman yang berlaku, sementara aktivis dan wartawan Syria yang berpusat di London Bassam Jaara menggambarkan pengeboman sebagai "tanggapan rejim terhadap kecaman PBB terhadap tindakan tersebut."

Samir Nashar, eksekutif Dewan Nasioanl Syria, mengatakan, "Rejim yang ada merupaka dalang disebalik serangan ini."

Dia mengatakan kepada AFP bahawa tujuan letupan adalah menghantar peringatan kepada pemerhati PBB yang memantau gencatan senjata di Syria bahawa mereka dalam bahaya dan memberikan kesan kepada masyarakat antarabangsa bahawa rejim sedang berjuang melawan "pengganas." Namun sebaliknya, rejim Syria menuduh kumpulan pengganas bersenjata dalang serangan bom tersebut.

Letupan berlaku sehari selepas serangan bom terhadap konvoi pemerhati PBB di bandar selatan Daraa, yang mencederakan 6 tentera Syria yang mengawal kenderaan.

Sumber : Eramuslim, Alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook