Thursday, April 12, 2012

Puluhan Penunjuk Perasaan Berhaluan Kiri Tunisia Serang Pejabat Parti Islam An-Nahdhah di Monastir




Puluhan penunjuk perasaan menyerang pejabat parti Islam Tunisia An-Nahdhah yang berkuasa di bandar timur Monastir pada hari Isnin lalu, tetapi gagal menyerbu bangunan, Nejib Mrad, seorang ahli parlimen untuk parti Islam moderat itu mengatakan kepada AFP.

"Mereka menyerang pejabat, naik ke atas bumbung dan merobohkan sepanduk dan bendera An-Nahdhah," katanya, mengaitkan insiden itu dengan aksi protes di ibu negara Tunisa.

Para pegawai keselamatan mengatakan, enam orang telah ditangkap terlibat dengan serangan tersebut.

Banyak penunjuk perasaan menyuarakan kemarahan mereka terhadap apa yang mereka lihat sebagai standard ganda penguasa kerana mereka tidak akan mengekang kelompok Islam Salafi namun menumpaskan penunjuk perasaan berhaluan kiri.

Pimpinan An-Nahdhah pada Selasa (10/4) mengutuk aksi kekerasan, tetapi menolak anggapan bahawa negara kembali ke pemerintahan autoritarian.

"Tunisia tidak terancam oleh kediktatoran namun terancam oleh kekacauan," kata Rasyid Ghannouch pimpinan An-Nahdhah.


Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook