Monday, March 26, 2012

Turki Tutup Kedutaan Mereka Di Damaskud


Turki telah menutup kedutaan besarnya di Damsyik ibukota Syria pada hari Isnin ini (26/3), kata Kementerian Luar Negeri Turki, kerana situasi keselamatan di Syria semakin teruk di negara ini.

"Aktiviti di Kedutaan Turki telah ditangguhkan mulai pagi ini," kata sumber itu tanpa menyebut nama, dan menambah bahawa semua anggota diplomatik telah meninggalkan ibu kota Syria, menurut laporan yang dilakukan oleh agensi berita AFP.

Walaupun penutupan kedutaan telah dilakukan, konsulat Turki di sebelah utara bandar Aleppo akan tetap terbuka, sumber diplomatik mengatakan.

Sejumlah negara telah menutup kedutaan mereka di Damsyik, termasuk Amerika Syarikat, beberapa anggota Kesatuan Eropah dan negara-negara monarki Teluk Arab.

Beberapa hari lalu Turki meminta semua wargnya di Syria untuk dikembalikan kepada Turki secepat mungkin, dan mengatakan mereka merancang untuk menutup bahagian konsol kedutaannya di Damsyik.

Ankara semakin vokal mengkritik bekas sekutunya Syria berkaitan atas tindakan keras terhadap aksi protes di negara itu yang oleh para aktivis katakan telah menewaskan lebih dari 9000 orang sejak Mac tahun lalu.

Turki juga mendesak Presiden Bashar al-Assad untuk turun dan melaksanakan beberapa hukuman terhadap Damsyik.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook