Laporan Press TV menyatakan bahawa Ketua Parlimen Turki-Cemil Cicek menolak jemputan Isreal -Reuven Rivlin untuk melawat Israel.
Menurut agensi berita Turki pada Selasa kemarin (24/1/12), Cicek menbalas jemputan Rivlin dengan sepucuk surat dan menolak jemputan yang disampaikan oleh Rivlin.
Dalam surat tersebut, Cicel menyatakan,"saya tidak menerima jemputan anda sekarang. Saya yakin anda tahu tentang pendirian/harapan Turki mengenai hubungan Turki-Israel.
Israel telah diminta oleh Turki untuk memohon maaf kepadanya di atas peristiwa serangan maut konvoi Gaza yang terikat dengan kemanusian pada tahun 2010 ynag mengorbankan sembilan rakyat Turki dan perlu membayar pampasan kepada keluarga mangsa sebelum hubungan antaranya menjadi normal.
Tentera Israel menyerang 'Gaza Freedom Flotilla' di perairan antarabangsa di Laut Mediterranean pada 31 Mei 2010. Dalam serangan tersebut, 9 orang warga Turki terbunuh di atas kapal MV Turki ditandai Mavi Marmara dan mencederakan kira-kira 50 yang lain yang merupakan sebahagian pasukan konvoi enam kapal.
0 comments:
Post a Comment