Sunday, December 4, 2011
BANJIR BESAR DI SIGI, 3 TERKORBAN
PALU - Tiga orang terbunuh, puluhan rumah rosak, dan sebahagian ditenggelami air akibat banjir besar yang terjadi di daerah Kulawi Induk dan Kulawi Selatan,Kabupaten Sigi, Sulawesi Tengah pada Sabtu (3/12/2011). Tiga warga lainnya dilaporkan hilang.
Banjir terjadi setelah dilanda hujan lebat sejak semalam, Jumaat (2/12/2011) sehingga Sabtu pagi waktu Indonesia bahagian tengah (Wita). Agensi Badan Bencana Serantau Daerah (BPBD) Kabupaten Sigi masih mencatat kerosakan dan kemungkinan ada tambahan korban jiwa.
Maklumat yang diperolehi dari Sigi melaporkan, hujan lebat yang berlarutan menyebabkan Sungai Magila melimpah. Limpahan tersebut menenggelami rumah penduduk di wilayah sepanjang sungai, termasuk tiga warga hanyut dibawa arus.
Selain menghanyutkan rumah dan mengorbankan nyawa, banjir bercampur lumpur dan batu turut memutuskan bekalan elektrik yang menghubungkan daerah Kulaei Selatan dan Pipikoro dan menyebabkan kawasan tersebut terasing.
Deri, salah seorang warga, mengakui bahawa banjir terus melimpah ruah sehingga Sabtu petang. Ratusan hektar kawasan sawah dan kebun milik warga turut ditenggelami air. Sehingga kini, warga menetap di rumah kaum-kerabat yang terletak di kawasan tinggi kerana takut banjir susulan terjadi.
Olahan sumber: Kompas.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment