Tuesday, December 20, 2011

Agen CIA Dipamerkan Dalam Televisyen Negara Iran

Seorang perisik CIA yang berjaya ditahan oleh Iran mengakui bahawa ia sedang menjalankan misi untuk menyusup masuk ke dalam Kementerian Perisikan Iran. Dalam pengakuannya di televisyen Iran pada 18/12/11, agen CIA Amir Mirzaei Hekmati mengatakan ia terlibat dengan tentera darat Amerika Syarikat pada tahun 2001 dan menjalani latihan perisikan selama satu dekad. Katanya lagi, dia dihantar ke Pengkalan Udara Bagram yang dikendalikan Amerika Syarikat di Afghanistan Timu dan diberikan akses ke fail perisikan yang telah diberikan oleh CIA.

Hekmati berasal dari Iran dan dilahirkan di barat daya Arizona, Amerika Syarikat, mengatakan tujuannya untuk mendapatkan kepercayaan dari pegawai perisikan Iran dengan maklumat yang telah diberikan oleh CIA. CIA merancang untuk membakar beberapa maklumat yang berguna dan memberikannya kepada Iran serta membiarkan Kementerian Perisikan Iran menganggap bahawa bahan tersebut merupakan bahan yang baik.

Pihak Rangkaian Perisikan Iran yang bertugas telah memantau aktiviti di pangkalan Babram, ia telah memerhati setiap tindakan Hekmati dan menggagalkan operasinya.

Penangkapan perisik CIA oleh pihak Iran bukanlah kai pertaman. Menurut laporan, 30 Mesi yang lalu, ahli perisikan CIA dan rangkaian sabotaj berjaya telah Kementerian Perisikan Iran.

Pada tarikh 24 November, Iran sekali lagi telah mengumumkan penangkapan seorang perisik CIA yang ditemui sedang melakukan percubaan mensabotaj kemudahan nuklear negara Iran dan kompleks penting yang lain.

Sumber : Eramuslim

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook