Wednesday, November 23, 2011

Polis Turki Tahan 14 Suspek Militan Al-Qaedah

Televisyen Turki : Polis Turki telah menahan suspek Al-Qaedah


Polis Turki telah menahan 14 suspek militan Al-Qaedah dalam serbuan semalam (21/11/11). Menurut TRT, suspek ditahan dalam serbuan polis melintasi bandar Konya,250km (155 batu) selatan dari Ankar. 15 orang yang disyaki menjadi ahli-ahli Al-Qaedah dan kini diketuai oleh seorang warga Mesir-Ayman Al-Zawahiri. Setakat ini, agensi berita tidak menerima maklumat yang jelas melalui Polis Turki ketika dihubungi oleh agensi-agensi berita.

Awal tahun ini, polis menahan sekumpulan yang dituduh merancang untuk menyerang Kedutaan Amerika Syarikat dan kumpulan lain di bandar selatan Anada, yang merupakan pusat bagi pangkalan udara Incirlik yang digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memindahkan bekalan noncombat ke Iraq dan Afghanistan. Serbuan itu termasuk dalam tangkapan induvidu dari sebuah rumah berhampiran Ankara selepas polis menemui bahan letupan dan senjata.


Sumber diolah : alarabiya

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook