Pegawai polis dan kakitangan slogan keselamatan menyeru ke arah keadilan dan perbicaraan yang adil terhadap ejen yang ditangkap, dituduh membunuh penunjuk perasaan semasa proter pro-demokrasi berlaku tahun ini.
Beratus-ratus pasukan polis Tunisia berhimpun pada hari Isnin untuk menuntut perbicaraan yang adil bagi rakan-rakanyang dituduh membunuh penunjuk perasaan semasa proter pro-demokrasi tahun ini.
"Pihak polis menjadi mangsa politik dan ahli politik," laungan pegawai-pegawai polis di luar bangunan ibu pejabat kerajaan di Tunisia. "Ben Ali berada di Arab Saudi, tetapi keadaan tetap sama," kata mereka merujuk kepada Presiden Zine El Abidine Ben Ali yang telah digulingkan pada bulan Januari berikutan bantahan besar-besaran selepas 23 tahun berkuasa - demonstrasi yang menyalakan pergolakan di semenanjung tanah arab yang menggegarkan rantau ini.
"Kami menuntut keadilan dalam melakukan kerja yang bebas," kata Khaled Dridi, seorang pegawai kanan kesatuan penguatkuasaan undang-undang.
Sebelum ini pengebom berani mati meletupkan bom kereta di pangkalan tentera dan penjara di bandar Taji, di utara ibu negara yang mengakibatkan pembunuhan sekurang-kurangnya 19 orang dan 24 yang 24 tercedera.
Sumber diolah : AlArabiya
0 comments:
Post a Comment