Wednesday, November 30, 2011

KEPUTUSAN RASMI PILIHAN RAYA AKAN DIUMUMKAN KHAMIS



Abdel Moez Ibrahim, Ketua Jawatankuasa Pilihan Raya, akan mengadakan sidang akhbar pada petang Khamis bagi mengumumkan keputusan pilihan raya fasa pertama yang telah bermula dua hari lalu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihak Jawatankuasa Pilihan Raya, Ibrahim akan mengumumkan pemenang bagi kerusi tunggal serta calon-calon yang akan menghadapi pilihan raya semula.

Ibrahim juga akan mengumumkan kiraan undi untuk senarai parti-parti yang bertanding. Pemenang terakhir pula akan diumumkan pada pilihan raya fasa ketiga yang dijangka bermula pada bulan Januari.

Pengiraan undi bermula dengan kehadiran calon-calon parlimen dan wakil-wakil mereka. Manakala para hakim akan hadir selepas peti undi dimeterai pada hari Selasa.

Bagi mengelakkan sebaran maklumat palsu, Ibrahim menggesa hakim dan pihak media untuk mengelak dari mengumumkan keputusan sehingga pihak Jawatankuasa Pilihanraya mengumumkannya secara rasmi pada hari Khamis ini.

Sumber-sumber media melaporkan bahawa laporan awal menunjukkan kepada kemenangan besar bagi Ikhwan Muslimin, Parti Kebebasan dan Keadilan. Sumber turut melaporkan Parti Salafi Nour menunjukkan prestasi yang baik berbanding pihak-pihak liberal.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook