Saturday, September 3, 2011
RUSUHAN AGAMA DI IBU NEGARA NIGERIA, 21 MATI
Jos, 2 Sept: Wartawan yang berada di ibu negara Nigeria melihat 21 mayat menunggu untuk dikebumikan di bandar rusuhan, Jos. Semua mangsa mati akibat rusuhan agama yang berlaku minggu ini.
Wartawan melawat masjid di tengah bandar dan melihat mayat bergelimpangan. Rusuhan bermula hari Isnin di bandar Jos, apabila umat islam ingin merayakan berakhirnya Ramadhan diserang oleh perusuh dengan menggunakan parang, pisau dan anak panah.
Keganasan terus berlaku selama seminggu walaupun kehadiran pasukan tentera yangditugaskan untuk menjaga bandar tersebut.
Pegawai-pegawai polis dan tentera enggan mengulas lebih lanjut mengenai rusuhan itu.
Sumber diolah: Todays Zaman
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment