Saturday, September 3, 2011

Libya:Wanita Meraikan Kejatuhan Libya Di Tripoli

Tripoli 3 September – Semalam, beribu-ribu kaum wanita turun dan berkumpul di dataran Martyrs di ibu negara Libya, Tripoli untuk menambah suara rakyat dalam sambutan menandakan pengakhiran pemerintahan Muammar Ghaddafi. Wanita-wanita secara umumnya tidak akan menyertai perhimpunan dalam revolusi akan tetapi, mereka mengambil kesempatan itu pada petang Jumaat dengan membawa slogan “ Sejuta Wanita Berarak”

Anita McNaught, wartawan Al Jazeera melaporkan dari Tripoli berkata, “Malam ini adalah malam kekeluargaan. Ia adalah malam untuk para wanita datang dengan tujuan berterima kasih kepada mereka yang banyak membantu membebaskan negara Libya dari pemimpin yang zalim.”

Beliau berkata lagi, perhimpunan ini adalah perhimpunan aman kerana mereka berhimpun tanpa membawa sebarang senapang atau senjata api.

Pada hari Khamis yang lalu, bekas Presiden Libya Muammar Ghaddafi mengeluarkan mesej audio dengan memberi amaran, “ Kami tidak akan menyerah kalah, kami bukan wanita dan kami akan terus menyerang.” Dalam mesej pada saluran televisyen yang berpangkalan di Syria, beliau menyatakan bahawa beliau tidak akan berundur dan beliau akan meneruskan untuk bertempur.

“Walaupun anda tidak dapat mendengar suara saya, saya tetap akan meneruskan penentangan ini” kata Ghaddafi. Beliau juga menyeru supaya NATO dan PBB agar menamatkan campur tangan mereka di Libya dan berkata bahawa suku kaum Libya tidak dapat menerima kehadiran mereka di negara ini.

Masyarakat antarabangsa telah memaksa Libya ke dalam perang saudara, katanya. “ Sikap Imperialisme adalah dibneci oleh seluruh rakyat Libya, siapa yang dapat menerima? Walaubagaimanapun, kami semua tetap akan menentang imperialisme,” kata Ghaddafi lagi.

Sehingga hari ini, Ghaddafi membuat perancangan menggesa penyokong-penyokongnya pertahankan Libya dari dikawal oleh pemberontak walaupun dalam keadaan mereka perlu untuk bertempur. Mereka berikrar untuk tidak berputus asa mempertahankan Libya.

Sementara itu, Mustafa Abdel Jalil, pengerusi Majlis Kebangsaan Peralihan (NTC) mengumumkan bahawa mereka akan bergerak ke Tripoli minggu depan.

Terdapat laporan yang bercanggah mengenai lokasi Ghaddafi sejak bandar Tripoli ditakluki oleh pemborantak pada 23 Ogos yang lalu. Kata komander kanan tentera kepimpinan interim Libya, Ghaddafi berada di laur bandar Tripoli. Beliau bersama-sama dengan Saif Al-Islam dan ketua perisikan Abdullah Senussi untuk merancang kebangkitan.

Ketiga-tiga lelaki itu dikehendaki oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa bagi susulan jenayah kemanusiaan yang dilakukan.

Abdel Majid Mlegta, penyelaras bilik operasi ketenteraan Tripoli memberitahu agensi berita Reuters, seseorang yang dipercayai telah berkata, Ghaddafi telah melarikan diri ke Bani Walid, 150km dari arah tenggara utama.

Berkata Ali al-Ahwal, Ghaddafi adalah penyelaras suku kaum termasuk di Bani Walid yang mana beliau adalah orang yang terkuat suku kaum Warfalla iaitu suku kaum terbesar di kalangan enam juta penduduk di Libya. Akan tetapi kesetiaan mereka tetap berbelah bahagi terhadap Muammar Ghaddafi.

“Kami mampu menamatkan krisis ini akan tetapi tindakan dari ketenteraan menjadi persoalannya sekarang. Kita juga tidak boleh menyerang suku kaum ini kerana kebanyakannya pasukan kami di Bengazi dan Zintan adalah dari Bani Walid. Anak-anak Bani Walid sedang berkuasa sekarang,” kata Mlegta.

Sebuah akhbar Algeria berkata, Ghaddafi berada di sempadan bandar Ghadamis dan telah mencuba untuk meminta pelindungan dari Presiden Algeria, Abdel Aziz Bouteflika. Akan tetapi, Presiden Algeria itu mengambil keputusan untuk tidak masuk campur dalam krisis mereka walaupun Algeria telah memberi tempat pelindungan kepada keluarga Muammar Ghaddafi apabila mereka melalui sempadan Algeria pada Isnin yang lalu.

Sumber : Al Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook