Thursday, July 14, 2011

Kolonel Ghaddafi Letak 3 Syarat Lepas Kuasa.

BRITAIN, 14 Julai : Akhbar "Financial Times" Britain melaporkan bahawa Kolonel Muammar Ghadafi meletakkan beberapa syarat untuk melepaskan kuasa, sebagai sebahagian rundingan berterusan unt menamatkan pertempuran di Libya dan menghentikan kempen NATO.

Akhabar itu memetik daripada Parti-parti Perikatan Barat bahawa terdapa beberapa syarat peletakan jawatan Ghaddafi. Namun ianya hanya dilaporkan setakat itu, dan tidak diterjemahkan dalam mana-mana rundingan rasmi.

Menurut sumber-sumber yang rapat dengan utusan rejim Libya, bahawa persetujuan perletakan jawatan Ghaddafi tersebut adalah untuk menghentikan kempen NATO.

Walaubagaimanapun, menurut berita yang dilaporkan oleh akhbar, perletakan jawatan Ghaddafi adalah berdasarkan beberapa syarat iaitu Ghaddafi boleh terus tinggal di Libya, penurunan caj terhadap pemimpin Libya dalam Mahkamah Jenayah Antarabangsa, dan serta anak Ghaddafi, Saif Al-Islam memainkan peranan selepas pasca-Ghaddafi.

Sebahagian pihak bimbang bahawa maklumat daripada rejim Libya tersebut hanya akan melewatkan masa, dan apa-apa penyelesaian politik tidak akan dimulakan dan dilakukan dengan serius melainkan pihak lawan dapat sampai ke pinggir ibu negara Tripoli.

Sumber: Al-MOKHTASAR

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook