Monday, February 21, 2011

Negara Arab dan Demonstrasi Aman

Rakyat Morocco menyatakan bantahan dijalanan

21 Feb- Dunia Arab kini menyaksikan demonstrasi aman bagi menyatakan ketidak puasan hati mereka terhadap pemerintahan yang sedia ada. Bermula dengan negara Tunisia sebagai inspirasi kebangkitan rakyat selepas Bouazizi sebagai pencetus kepada kemarahan rakyat terhadap negara kuku besi Ben Ali.

Rakyat Mesir menjadikan penggulingan Ben Ali sebagai satu perintis untuk melakukannya di negara mereka bagi menyatakan hasrat terbabit selepas digelumang pemerintahan yang tidak adil dimata mereka selama 30 tahun. Pemerintahan Husni Mubarak yang bermula taun 1981 sehingga 2011 merupakan satu tempoh yang cukup lama dalam sesebuah pemerintahan. Tarikh 25 Januari pada asalnya merupakan tarikh keramat bagi ulangtahun Polis Mesir berubah menjadi tarikh keramat yang lain dalam sejarah pahit bagi pemerintahan Mesir dan sejarah manis bagi rakyat yang menginginkan keadilan yang harmoni. Perkampungan rakyat membanjiri Dataran Tahrir sejak dari tarikh tersebut sehinggalah Presiden mengundur diri.

Kini, polemik penyataan hasrat rakyat berterusan ke negara-negara Arab yang lain. Rakyat Yaman, Libya, Morocco, Iran dan Algeria sudah mula membanjiri jalan-jalan awam semata-mata menyatakan hasrat mereka terhadap pemerintah negara masing-masing. Bangunan-bangunan kerajaan dijadikan sasaran para peserta demonstrasi. Terkini, bangunan kerajaan yang menempatkan sistem penyiaran Libya sudah diduduki oleh rakyat mereka.

Gambaran Jumaat baru ini di Dataran Tahrir. Solat Jumaat di imami Syeikh Yusuf al Qaradhawi

Apakah semua ini akan berakhir seperti yang di alami oleh rakyat Mesir dan Tunisia? Semoga ianya menemui jalan terbaik bagi menghasilkan sistem pemerintahan yang harmoni di antara semua negara tersebut.

Sumber: almukhtsar

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook