Tuesday, January 18, 2011

Tentera Pakistan melancarkan "Drama" perang melawan taliban di lembah Swat

http://el-wasat.com/eman/wp-content/uploads/2010/10/drama3.gif
Tentera Pakistan yang melawan Taliban akan berubah status menjadi selebriti baru, dengan keluarnya drama episod television dibiayai jutaan dolar tentang kemenangan tentera Pakistan melawan pejuang Taliban.

Kisah penuh emosi tentang 11 tentara Pakistan yang gagah berani memerangi perlawan pejuang Islam Taliban akan 'mengganggu' negara tetangga Pakistan, dan Afghanistan, akan mengudara di layar televisionnya dalam sebuah drama yang dikelolai tentera Pakistan sebagai sebahagian dari program perang anti-terorist mereka.

Inilah yang dinamakan dengan perang pysikologi yang biasa digunakan oleh musuh dalam memporak perandakan lawan sesama mereka dan mengagung-agungkan kekuasaan mereka.

Kisah 'drama' lakonan semula (dalam babak peperangan sebenar) ini difokuskan pada kepahlawanan tentara Pakistan dalam memerangi Taliban melalui serangan udara mahupun serangan darat di lembah Swat barat laut Pakistan pada tahun 2009, satu cerita akan menampilkan kehebatan tentara bernama Hawaldar Naeem Asghar yang tewas dalam pertempuran di pos pemeriksaan pejuang Taliban.


Asghar, digambarkan sebagai seorang prajurit yang berasal dari keluarga petani pekerja keras, rela mengorbankan hidupnya untuk melawan Taliban hingga ke puncak bukit, selama operasi militer di kota Mingora untuk menyerang para pejuang Taliban dari atas lembah yang indah Swat.

Setelah gagal melemparkan bom dari tempat pertahanannya tanpa hasil, Asghar digambarkan meninggalkan tempat pertahanannyadan mendaki bukit, kemudian melemparkan banyak bahan peledak dalam perjalanannya menuju pos pejuang Taliban.

Pos pemeriksaan ini hancur, tetapi Asghar terbunuh ditembakTaliban.

"Cerita tentang Hawaldar Asghar adalah cerita yang umum. Ini adalah pesan kepada umum bahawa setiap orang dapat berperanan dalam memerangi ekstremisme," kata Sajjad Saji, salah seorang penulis drama episod itu.

"Ini adalah filem untuk mendorong masyarakat umum untuk membantu dalam perang ini," tambahnya.

"Tujuan dasar adalah pembuatan drama episod ini adalah untuk mengungkapkan tindakan keberanian para tentara dan warga awam kami yang berada di bahagian depan dalam peperangan .... Drama ini menunjukkan wajah kemanusiaan dalam perang," kata Mayor Jenderal Athar Abbas, keua kumpulan publisiti tentera

"Bangsa ini harus memiliki cerita-cerita tentang keberanian dan pengorbanan, mereka harus bangga dengan anak mereka yang berjuang dengan mengorbankan darah mereka untuk membela ibu pertiwi."

Salah satu pembuat filem, yang tidak mau disebutkan namanya mengatakan, penerbit drama episod ini membayar jutaan dolar, namun dirinya menolak untuk menyebutkan angka pasti pembuatan drama episod ini.

Penerbit drama episod ini, filem ini dikenakan dengan kesan khas , difilemkan di tengah bukit hijau terjal dan hutan dekat lembah Swat.

"Kami melakukan perjalanan secara berterusan untuk drama episod ini. Sebuah kumpulan yang terdiri dari lebih 35 orang dengan lori bagasi, berkeliaran di hutan dan perbukitan selama berbulan-bulan untuk menggambarkan filem ini secara reality" kata Khawar Azhar, penerbit eksekutif drama episod ini.
sumber
fakta peperangan 2009

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook