Wednesday, October 27, 2010

Jumlah Ledakan Gunung Merapi Di Indonesia Bertambah

Gambar situasi kemusnahan di kawasan Gunung Merapi

Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh di mana Gunung Merapi paling sensitif di Indonesia meletup dan terus menghaburkan abu dan laharnya di sekitar kawasan yang mana berhampiran dengan kawasan penduduk.

Gunung Merapi di Indonesia telah mula meletup mengakibatkan asap tebal menutupi ruang udara. Salah seorang yang terbunuh pada Selasa lepas adalah seorang bayi kerana mengalami kesukaran bernafas dan sebahagian lagi telah mengalami kecederaaan .

Seorang pengkaji Gunung Merapi, Surono berkata, gunung merapi itu telah bergegar untuk beberapa jam, dan mula meletus sehari selepas badan pengkajian tersebut memberi amaran bahawa ledakan sudah sampai ke peringkat yang tertinggi.

“ Kami mendengar 3 letupan dalam lingkungan jam 6 petang ( 1100 GMT) telah menerbangkan bahan-bahan api setinggi 1.5 kilometer ke atas dan juga awan panas menuruni gunung tersebut. Surono, salah seorang penduduk di kawasan itu menyebut kepada agensi berita AFP.

Saintis Indonesia telah memberi amaran bahawa tekanan sedang meningkat di bawah lahar Gunung Merapi tersebut, di mana pihak berkuasa mula memindahkan beribu-ribu orang ke tempat pelindungan sementara.

BATU RUNTUH

Kejadian batu runtuh menuruni Gunung Merapi pada waktu petang Selasa dan juga angin panas yang berdebu setinggi 50 meter ke atas semasa gunung tersebut mula bergegar.
Surono berkata, apa yang dibimbangkan adalah tekanan yang kuat pada dasar Gunung Merapi itu menghampiri puncak gunung tersebut.

“ Tekanan itu semakin bertambah, dan saya berharap ia akan berkurangan. Jika tidak, kita akan melihat satu letupan yang terbesar yang pernah kita lihat dan alami pada tahun sebelumnya ”

Rumah pelindungan sementara telah didirikan oleh pihak berkuasa pada jarak 10 kilometer di sekeliling gunung tersebut yang dianggap sebagai kawasan yang merbahaya.

Daripada 50,000 orang yang tinggal di kawasan Gunung Merapi tersebut, yang terletak di utara Bandar Kebudayaan Jawa, Jogjakarta Indonesia dimana mereka sekarang akan menghadapi proses perpindahan.

Widi Sutikno, seorang penyelia di daerah Sleman yang terletak di sebelah selatan gunung yang setinggi 2,914 meter berkata, 3,700 orang telah dipindahkan ke kem sementara.

“Kami telah memindahkan kebanyakannya adalah daripada golongan wanita yang mengandung, wanita yang sakit dan kanak-kanak. Kita akan membenarkan mereka pulang ke sawah untuk aktiviti harian tetapi mereka perlu balik ke kem semula dan bukan ke rumah mereka.” Sutikno berkata.

KETAKUTAN YANG BESAR

Step Vassen, seorang wartawan Al-Jazeera yang juga berada di kawasan Gunung Merapi tersebut berkata : “ Di sana telah berlaku kekecohan yang amat besar ketika letusan berlaku.”

“ Dua orang wanita telah dihantar ke hospital dengan luka yang parah berpunca dari awan panas yang turun dari atas gunung yang mencecah sehingga 600 darjah celsius.”

Sekarang, beribu orang sedang melarikan diri untuk mencari tempat yang selamat. Justeru, kerajaan telah mengadakan inisiatif dengan mengadakan kem-kem pelarian sementara.

Vassen berkata, Gunung Merapi adalah gunung yang paling aktif di negara itu tetapi penduduk enggan meninggalkan rumah dan hasil ternakan mereka kerana mereka yakin ia adalah amaran palsu.

Merapi yang terakhir sekali dicatatkan telah meletup pada tahun 2006 yang menghaburkan abu,gas panas dan juga bau-bau sehingga menyebabkan 2 orang mati kerana sesak nafas. Letupan pertama berlaku pada tahun 1994 telah menyebabkan 6o orang terbunuh, manakala 1,300 orang mati catatan pada tahun 1930.

Kini, Indonesia sahaja mempunyai 129 gunung yang masih aktif di sekitar 17,500 kepulauan yang dijangkakan akan meletus sehingga boleh mengakibatkan gempa bumi berlaku sekali lagi kerana kawasan di situ jelas dikenali sebagai bulatan api.

Bulatan api tersebut telah melalui hemisfera barat yang membentang dari belahan bumi barat melalui Jepun dan Asia Tenggara.


Sumber diolah dari : Portal Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook