Saturday, September 18, 2010

Kitaran Kesihatan Kanak-Kanak Pakistan Meruncing



AGHA ALI JATOI, Pakistan, 15 September 2010 - Di perkampungan kecil Agha Ali Jatoi, Sindh menghadapi kesulitan takungan air kotor, sumber tenaga yang terhad dan sisa kediaman yang hancur. Dalam kesibukan usaha pemulihan bandar itu, sekumpulan remaja wanita, ibu-ibu dan kanak-kanak sedang mengikuti program yang dikendalikan oleh petugas-petugas kesihatan wanita. Di samping menghulurkan bantuan rawatan dan pendidikan kesihatan, mereka turut hadir menjelaskan kepentingan rehidrasi dan kebersihan di dalam rumah.


Puan Kalsum Jatoi, salah seorang ahli komuniti petugas kesihatan di Agha Ali Jatoi dan 3 kampung sekitarnya telah berkhidmat selama 7 tahun. Maklumat-maklumat yang beliau salurkan termasuk pendidikan keluarga berkaitan pengurusan diarrhea (demonstrasi penggunaan garam dehidrasi sebagai satu rawatan diarrhea(cirit birit) –ORS,oral rehydration salts), kebersihan seisi rumah dan immunisasi kanak-kanak terhadap polio, measles(campak) dan penyakit-penyakit yang lain, serta menyediakan bekalan vitamin B. Seorang kanak-kanak yang menderitai acute watery diarrhea telah diberi minum secawan ORS. Puan Kalsum Jatoi dan teman-teman sejawat cukup dikenali di Sindh dengan lawatan seluruh kawasan setiap 15 hari sekali. Katanya, beliau banyak belajar berkaitan kesihatan dan kebersihan sepanjang sesi bertugas, “Tiada seorang pun dari 4 orang anak-anak saya yang jatuh sakit sejak bencana banjir melanda. Saya pastikan mereka minum bekalan air bersih, membasuh tangan mereka dengan sempurna dan saya juga membasuh pakaian mereka.”

Walaupun sudah tidak dibayar gaji selama 2 bulan, beliau tetap dedikasi dengan tugas. Sebenarnya usaha-usaha mempertingkat mutu kesihatan dan immunisasi telah bermula sebelum banjir, termasuk nasihat kesihatan berkaitan reproduksi. Sesi ini menjadi cukup kritikal bagi wanita-wanita tempatan bersama 10 orang ibu yang bakal melahirkan cahaya mata dan 28 orang ibu yang sedang menyusukan bayi.

UNICEF turut membantu menyalurkan sokongan kepada program LHW di Sindh, membekalkan petugas-petugas dengan monitor tekanan darah, termometer dan rawatan kesihatan seperti ORS dan bekalan zink. UNICEF turut menyumbangkan maklumat, komunikasi dan alat bantu mengajar untuk meringankan usaha latihan.





Sumber: UNICEF
Kredit artikel ini untuk Kebajikan PMRAM Caw. Mansurah

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook