Tuesday, August 31, 2010

Setiausaha Agung bantuan Dan kecemasan persekutuan doktor-doktor arab menarik perhatian dunia agar memberikan sokongan kepada Pakistan


Setiausaha Agung Jawatankuasa Bantuan dan Kecemasan Persatuan Doctor-Doktor Arab DR. Ibrahim Al Za’farani telah melahirkan kebimbangan akan berlakunya banyak wabak penyakit di Negara Pakistan, rakyat pakisan sekarang telah mencatatkan lebih dari 35,000 orang yang terkena wabak taun akibat banjir kilat yang melanda Negara itu.
Dia menambah lagi, bahawa 17% di bawah usia lima tahun – sekitar 3 juta kanak2 di antara terkena wabak itu, dan air banjir yang mencapai tahap ketinggian 6 meter boleh menyebabkan penyebaran virus dan hal ini juga membantu penyebaran penyakit kulit dan wabak kolera yang terhasil daripada bangkai haiwan yang telah mati akibat banjir.
Dr. za’farani yang hadir bersama delegasi jawatankuasa bantuan dan kecemasan persekutuan doctor-doktor arab telah mengarahkan petugasnya untuk memberikan bantuan perubatan kepada mangsa banjir tetapi walaupun ramai kalangan doctor yang hadir tapi mereka kekurangan ubat- ubatan dan vaksin untuk menghadapi situasi itu.
Dr za’farani juga merayu melalui al-jazeera agar semua Negara-negara arab dan Negara islam agar bersatu menyalurkan bantuan terus kepada Pakistan bagi meringankan bebanan yang di hadapi mereka. sejurus melawat beberapa daerah yang terkena bencana, dr za’farani mengulas bahawa Pakistan sangat memerlukan sejumlah besar ubat-ubatan dan vaksin bagi mencegah penyebaran wabak penyakit.

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook