PHILADELPHIA - Sebuah Mahkamah Rayuan Persekutuan di Philadelphia memutuskan pada Isnin lalu (2/8/2010) bahawa wanita muslim yang bekerja di Penjara Delaware County tidak dibenarkan memakai jilbab semasa bekerja.
Dalam keputusan 2-1 itu, *Mahkamah Rayuan AS (U.S. Court of Appeals for the Third Circuit) menyokong keputusan mahkamah rendah Delaware County yang berpihak kepada pengurusan penjara, berkata, penyimpangan dalam kod pakaian penjara akan menyebabkan "kesulitan dengan mengorbankan institusi sekuriti dan keselamatan."
Pendapat majoriti bersetuju dengan para pegawai penjara yang berpendapat jilbab boleh dirampas oleh banduan dan digunakan untuk mencekik seseorang. Pengurusan penjara juga berpendapat jilbab boleh menyembunyikan dadah atau barang seludup lain, kata majoriti.
Pada tahun 2005, **GEO Group, sebuah syarikat yang berpusat di Florida diupah oleh Delaware County untuk mengendalikan penjara, menuntut agar semua pekerja hanya mengenakan seragam rasmi.
***U.S. Equal Employment Opportunity Commission (EEOC) mengemukakan satu tuntutan pada tahun 2007 atas nama tiga wanita, semua mereka diambil bekerja sebelum dasar baru dilaksanakan, mereka mendakwa diskriminasi agama kerana tidak membuat pengecualian terhadap kod berpakaian. Ketiga-tiga mereka memakai hijab yang dipanggil khimars ketika bekerja.
Salah seorang mereka, Carmen Sharpe-Allen, seorang jururawat, dipecat kerana enggan membuka jilbabnya. Bagaimanapun 2 yang lain iaitu Marquita King, seorang kerani sementara, dan Rashemma Moss, seorang pegawai kemasyarakatan, berhenti memakai jilbab ketika bekerja kerana mematuhi keputusan mahkamah.
Hakim Mahkamah Daerah, John P. Fullam telah menolak tuntutan EEOC kerana dua daripada tiga hakim di panel rayuan bersetuju dengannya. Mereka menganggap kes ini sengit tetapi berpendapat pihak penjara lebih berhak daripada hak wanita untuk memakai pakaian keagamaan semasa bekerja.
"EEOC sebelum ini pernah mengambil langkah untuk menegakkan larangan ke atas diskriminasi agama dalam pelbagai bentuk," tulis Hakim Third Circuit, Dolores K. Sloviter. "Dari sudut lain, penjara bukanlah sebuah kem cuti musim panas dan pegawai penjara mempunyai tugas yang sukar dalam menjalankan tugas semasa situasi sulit."
Jurucakap EEOC berkata agensi tersebut kecewa dengan keputusan itu dan menyemak semula pilihan. Sementara itu, peguam GEO Group, Walter F. Kawalec III, tidak segera bereaksi untuk memberikan komen.
Dalam perbezaan pendapat itu, Hakim A. Wallace Tashima berkata, GEO Group masih belum berjaya membuktikan bahawa penggunaan jilbab oleh pekerja adalah satu beban yang keterlaluan.
Nota
* U.S. Court of Appeals for the Third Circuit - adalah mahkamah persekutuan bagi mahkamah daerah yang berada di bawahnya dalam penguatkuasaan undang-undang berkaitan rayuan.
**GEO Group – adalah agensi perkhidmatan yang bersifat multi-nasional, menyediakan perkhidmatan sumber luar bagi kerajaan sesebuah negara, pakar dalam bidang pengurusan kemasyarakatan, penahanan dan kesihatan mental, dan perumahan di Amerika Utara, Australia, Afrika Selatan dan United Kingdom.
***U.S. Equal Employment Opportunity Commission – adalah satu agensi bebas peringkat persekutuan yang menentang undang-undang terhadap diskriminasi di tempat kerja.
0 comments:
Post a Comment