Wednesday, March 31, 2010

Sudan ugut halau pemerhati asing

Selasa, 23-3-2010, CAIRO - Presiden Sudan mengugut untuk menghalau pemerhati asing ekoran cadangan mereka agar pilihan raya pelbagai parti pertama negara itu selepas beberapa dekad, yang dijadual diadakan pada bulan depan ditangguhkan. Mengikut perancangan, pilihan raya tersebut akan menyaksikan orang ramai mengundi bagi memilih Presiden, Presiden bahagian selatan, wakil rakyat tempatan dan pusat serta gabenor-gabenor. Presiden Omar al-Bashir yang dituduh di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bagi kesalahan jenayah kemanusiaan di Darfur bertanding untuk pemilihan semula. Beliau mengeluarkan amaran tersebut ketika berkempen di selatan Sudan. ''Mana-mana warga asing atau pertubuhan yang meminta pilihan raya ditangguhkan akan dihalau secepat mungkin,'' ''Kita mahu mereka mengawas pilihan raya tetapi jika mereka campur tangan dalam urusan dalam negara kita, kita akan halau mereka,'' katanya kepada para penyokongnya. Dalam satu laporan yang dikeluarkan minggu lalu, Carter Center yang berpangkalan di Atlanta dan mempunyai 12 pemerhati di Sudan mencadangkan pilihan raya ditangguhkan untuk memberikan masa secukupnya kepada suruhanjaya pilihan raya Sudan menguruskan pengundian. Ugutan Bashir semalam adalah seiringan dengan amaran-amaran sebelum ini untuk menghalau organisasi bantuan ekoran waran tangkap terhadapnya yang dikeluarkan oleh ICC. Beliau bertindak balas dengan menghalau 13 organisasi bantuan besar asing yang kebanyakannya beroperasi di Darfur dengan alasan mingintip bagi pihak ICC. Langkah itu menjejaskan pengagihan bantuan dan kerja kemanusiaan di wilayah yang terjejas teruk akibat perang. Sementara itu, Ketua Misi Pengaman Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Kesatuan Afrika, Ibrahim Gambari berkata, beliau menjangkakan pilihan raya di Darfur berjalan lancar di sebalik permintaan untuk menangguhkannya.
Sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0324&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_04.htm

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook