Monday, September 22, 2014

FIFA : Qatar tidak akan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2022

Piala Dunia 2022 tidak akan diadakan di Qatar kerana suhu yang terik di negara Timur Tengah, kata ahli Jawatankuasa Eksekutif FIFA Theo Zwanziger.

Walaupun Qatar menegaskan bahawasanya biarpun panas terik ianya dapat dielakkan dengan adanya alat penghawa dingin berteknologi tinggi yang berada di stadium tersebut, ianya masih terdapat kebimbangan yang tinggi terutamanya melibatkan kesihatan pemain dan penyokong.



"Saya sendiri berpendapat bahawa pada akhirnya Piala Dunia 2022 tidak akan berlaku di Qatar," Jerman memberitahu Sport Bild.

"Mereka mungkin dapat menyejukkan di kawasan stadium tersebut namun stadium Piala Dunia bukan hanya digunakan di stadium tersebut sahaja. Peminat dari seluruh dunia akan datang dan perjalanan pada musim panas ini berkemungkinan boleh menyebabkan kes yang mengancam nyawa.

Presiden FIFA, Sepp Blatter berkata pada Mei lalu bahawa FIFA akan menganugerahkan Piala Dunia ke Qatar adalah satu 'kesilapan' besar dan kejohanan Piala Dunia itu nanti bermungkinan akan diadakan di Eropah pada musim sejuk.

FIFA kini sedang mengalihkan kejohanan itu di Eropah untuk mengelakkan musim panas terik di mana suhu bakal meningkat sehingga lebih 40 Celsius.

Sumber : Al-Jazeera

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook