Friday, May 9, 2014

Kes Jangkitan Virus MERS Semakin Meningkat : 4 kematian, 18 Jangkitan Baru



JEDDAH - Lagi 4 orang di negara ini telah meninggal dunia akibat Sindrom Pernafasan Timur Tengah ( MERS ) virus korona, menjadikan kes kematian sehingga kini meningkat kepada 121 kes, berikut dilaporkan oleh Kementerian Kesihatan pada hari ini.

Berdasarkan kemas kini terbaru yang disiarkan di laman web pada hari Rabu semalam, kementerian tersebut mengumumkan bahawa sebanyak 18 kes jangkitan MERS terbaru, menjadikan sehingga kini kes yang dilaporkan sebanyak 449.

Kes kematian  yang laporkan ini melibatkan seorang wanita berusia 65 tahun, di Riyadh yang mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung, dan strok otak, telah dimasukkan ke hospital kerajaan pada 12 April dan akhirnya meninggal dunia pada 6 Mei.

Manakala antara tiga kes yang selebihnya melibatkan seorang wanita berusia 75 tahun di Jeddah, seorang lelaki berusia 60 tahun di Jeddah dan seorang wanita berusia 45 tahun di Riyadh - sebelum ini telah direkodkan sebagai kes yang disahkan dan kesemuanya meninggal dunia pada 5 Mei yang lalu.

Antara 18 orang pesakit yang dikesan mendapat jangkitan adalah budak lelaki berumur 10 tahun yang telah dibawa ke sebuah hospital kerajaan di Jeddah kerana terlibat dalam kemalangan pada 29 April. Selepas beliau keluar daripada hospital pada 2 Mei, gejala MERS mula muncul dan dia dikejarkan ke unit rawatan rapi.

Jeddah sehingga kini mempunyai bilangan tertinggi jangkitan baru 8, diikuti oleh Riyadh sebanyak 5 kes, Madinah dengan 3 kes, Makkah dan Najran masing-masing 1 kes.

Pada hari Selasa yang lalu, Menteri Kesihatan iaitu Pemangku Adel Fakeih yang bertanggungjawab ke atas pengurusan Hospital King Fahd di Jeddah melaporkan bahawa kes jangkitan MERS yang berlaku secara mendadak dalam kalangan kakitangan telah mencetuskan suasana panik kepada orang awam.

Fakieh kemudiannya bertindak melancarkan kempen kesedaran untuk seluruh peringkat berwaspada dengan penyakit tersebut, pihaknya menggesa orang ramai bukan sahaja untuk mengikuti langkah-langkah penjagaan kebersihan, tetapi secara khusus untuk mengelakkan haiwan yang menjadi faktor wabak iaitu unta dan menahan diri daripada makan daging unta mentah atau meminum susu unta yang tidak dimasak terlebih dahulu.

Setelah misi 5 hari ke Jeddah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) lebih serius menangani wabak melalui penyebaran langkah-langkah pencegahan jangkitan yang disyorkan dan bertanggungjawab untuk mengelakkan peningkatan semakin berlaku di Jeddah dan tempat-tempat lain.

Wabak yang pertama kali muncul di negara tersebut bermula pada September 2012, dan sehingga kini telah menjangkiti seramai 449 rakyat Saudi,  iaitu antara sebahagian besar daripada kes yang didaftarkan di seluruh dunia. WHO berkata kenaikan baru-baru dalam jumlah jangkitan tidak menunjukkan perubahan ketara dalam perpindahan virus.

"Majoriti jangkitan manusia kepada manusia yang berlaku adalah berpunca daripada pengabaian terhadap penjagaan kesihatan," katanya lagi.
Pasukan itu menggesa pekerja kesihatan untuk meningkatkan pengetahuan dan sikap mereka terhadap penyakit ini.

MERS dianggap sebagai wabak yang merbahaya tetapi kurang pendedahan berkaitan jangkitan tersebut. Virus SARS yang meletus di Asia pada tahun 2003 dimana 8273 orang telah dijangkiti, 9% daripada mereka meninggal dunia. Sehingga kini, tiada vaksin atau rawatan antiviral untuk MERS, penyakit dengan kadar kematian yang meningkat sebanyak lebih daripada 40%.

Sumber : Arab News

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook