Friday, February 7, 2014

Saudi : Hukuman Penjara Bagi Warga Yang Berjihad

RIYADH  - Raja Saudi ; Raja Abdullah bin Abdul Aziz baru-baru ini  telah mengeluarkan perintah menjatuhkan hukuman kepada mana-mana warga negara Saudi yang disabitkan dengan kesalahan terlibat dalam konflik di luar kerajaan dengan hukuman penjara antara 3 sehingga 20 tahun.

Warganegara Saudi atau sesiapa sahaja yang dikenalpasti sebagai golongan "ekstrimis" yang memberikan sokongan kewangan atau moral bagi kumpulan pejuang yang dituduh sebagai "pengganas" juga akan dikenakan hukuman yang berat,"

Demikian antara kenyataan Mahkamah Kerajaan seperti dilansir oleh State News Agency (SPA). Kementerian dalam dan luar negeri serta Badan Kehakiman juga telah membentuk sebuah jawatankuasa bersama untuk menyiapkan senarai kumpulan yang didakwa sebagai golongan "ekstrimis" dan mereka akan berada dalam pantauan secara berterusan.

Keputusan ini dibuat setelah undang-undang "anti-keganasan digubal" mulai Ahad iaitu pada 2/2/2014 baru-baru ini. Fenomena yang berlaku kebelakangan ini semakin ramai  pemuda Muslim Saudi yang meninggalkan negara tersebut  untuk berjuang bersama dengan para Mujahidin Syria melawan rejim Syiah pimpinan Assad.

Salah seorang pemerhati gerakan Islam di Saudi menyatakan kepada media Al-Arabiya bahawa semenjak November lalu  dianggarkan hampir 600 warga Saudi telah bergabung dengan kumpulan Al-Qaeda yang beoperasi di Syria.

Faris Bin Hizam melaporkan bahawa semakin ramai warga Saudi yang menyahut seruan jihad bersama dengan para Mujahidin Daulah Islam Iraq dan Syam ( ISIS ) dan juga Jabhah Nushrah. Akan tetapi menurut perkiraannya, pejuang daripada negara  Saudi hanya berjumlah sedikit jika berbanding dengan warga daripada negara lain yang menyertai barisan pejuang di  Syria.

Sumber : Arrahmah.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook