Thursday, February 13, 2014

Israel Akan Membina Sekolah Yahudi di Jerusalem



Pihak berkuasa rejim Yahudi sedang merancang untuk membina sekolah agama Yahudi bertempat di tengah-tengah bandar Al-Quds iaitu di Jerusalem Timur. Perancangan tersebut adalah termasuk di antara projek- projek penempatann baru bagi warga Yahudi. Demikian kenyataan daripada salah seorang wakil Palestine Liberation Organization ( PLO )  Ahmed Qorei, sebagaimana dilaporkan oleh World Bulletin.

"Israel mempunyai perancangan untuk membangunkan sebuah sekolah untuk penduduk Yahudi disamping menyediakan kemudahan penempatan di beberapa wilayah utama di Palestin, terutama di Sheikh Jarrah, " kata Qorei dalam kenyataan semalam.

Qorei juga mengatakan bahawa kerajaan Israel sedang merancang untuk memindahkan beberapa pejabat sebagai pusat pentadbiran ke bandar suci tersebut.

"Kabinet Israel akan terus merancang bagi memindahkan pejabat -pejabat pentadbiran ke Sheikh Jarrah sebagai langkah berterusan untuk menawan sekaligus bertujuan untuk menghalang pengumuman Jerusalem Timur sebagai ibu negara negara Palestin,"  tambah Qorei.

Jawatankuasa rejim zionis (PLO) di Al-Quds telah mengadakan mesyuarat pada hari ini bagi membincangkan rancangan - rancangan baru Israel tersebut.

Al-Quds merupakan sebuah kota suci yang amat penting bagi umat Islam seluruh dunia terutama bagi rakyat Palestin, inikerana di sanalah terletaknya Masjid Al-Aqsa yang merupakan tempat suci ketiga umat Islam setelah Makkah Al-Mukarramah dan Madinah Al-Munawwarah.

Sumber : Arrahmah.com

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook