Wednesday, February 12, 2014

H1N1 di Mesir : Hampir 38 Orang Meninggal sejak Disember tahun lalu.

Kementerian Kesihatan telah mengumumkan bahawa sehingga kini hampir 38 orang meninggal dunia akibat jangkitan virus H1N1 yang melanda Mesir sejak Disember tahun 2013. Jurucakap kementerian kesihatan, Dr Ahmed Kamel berkata 318 orang telah didiagnosis dengan virus selesema babi yang lebih dikenali sebagai H1N1.

Walaubagaimanapun,  dalam tempoh yang sama pada minggu lepas sahaja rekod kementerian kesihatan menunjukkan bahawa terdapat 195 kes jangkitan, manakala 24 kes kematian.

80 % daripada mereka yang meninggal dunia telah mengalami satu atau lebih faktor risiko dijangkiti virus tersebut.

Kamel turut menyatakan bahawa pihak berkenaan telah mengambil beberapa sampel daripada kes-kes yang disyaki dan dihantar ke makmal Kementerian Kesihatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia
(WHO) untuk proses analisis.

Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan kenyataan mengenai keadaan terkini wabak tersebut pada setiap hari Sabtu dan Selasa. Sejak Disember 2013, dilaporkan terdapat 339.483 kes influenza dan 1,376 kes masalah pernafasan di negara ini.

Kematian empat orang doktor sejak beberapa bulan lepas juga membuktikan kes ini semakin serius. Dua daripada mereka meninggal disebabkan masalah pernafasan, manakala dua lagi disyaki telah menghidap jangkitan virus tersebut.

Pihak berkenaan telah meminta kepada kementerian untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi mencari dan mengkaji sebarang maklumat dan  fakta berkaitan untuk menentukan sama ada punca sebenar adalah disebabkan samada wabak H1N1, ataupun kes penyakit mutasi, atau virus lain.

Sebahagian besar mangsa yang meninggal dunia adalah mereka yang berisiko tinggi diserang wabak tersebut, antaranya warga tua, wanita hamil, atau mereka yang mempunyai penyakit imun dan pernafasan yang sedia ada. Para doktor telah menuduh Kementerian Kesihatan telah mengambil tindakan dengan menafikan skala masalah yang sebenaranya berlaku terlalu lama dan gagal untuk melaksanakan proses saringan yang betul, yang akhirnya membawa kepada masalah besar  kepada masyarakat setempat.

Mereka yang berisiko tinggi untuk terkena dengan virus ini terutamanya warga tua, wanita hamil, atau mereka yang mempunyai masalah imun atau pernafasan mesti menjaga kesihatan sebaik mungkin dan perlu berjumpa dengan doktor apabila mengalami tanda-tanda seperti demam berterusan, sakit tekak dan batuk selama lebih daripada 48 jam.

Selesema babi merupakan antara virus influenza yang menyebabkan wabak selesema semasa 2009-2010.

Sumber : Ahram online

0 comments:

Post a Comment

 

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir

HEWIPMRAM

Footer Widget #3

Tetamu

Copyright 2010 We Care for Islam. All rights reserved.

rss digg delicious facebook